PROGRAM I’M A BOOK, READ ME SEMPENA HARI BUKU KANAK-KANAK SEDUNIA

  • Home
  • PROGRAM I’M A BOOK, READ ME SEMPENA HARI BUKU KANAK-KANAK SEDUNIA
Shape

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Perpustakaan UNISEL dengan kerjasama Majlis Buku Kanak-Kanak dan Remaja Malaysia (MBBY) petang tadi mengadakan program I’m a Book, Read Me bersempena dengan Hari Buku Kanak-Kanak Sedunia yang disambut pada 2 April setiap tahun. Program yang diadakan di Sudut Kanak-Kanak, Perpustakaan UNISEL, Kampus Bestari Jaya itu dihadiri oleh para peserta yang terdiri daripada anak-anak staf UNISEL berumur 15 tahun kebawah. Menurut Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL dalam ucaptamanya, program ini amat bermakna bagi melahirkan anak-anak cinta terhadap buku dan bahan bacaan. Beliau juga menyifatkan aktiviti membaca dapat mempertingkatkan daya kreativiti serta meningkatkan kemampuan akademik kanak-kanak. Budaya membaca harus sentiasa diamalkan dengan memanfaatkan kemudahan fasiliti yang terdapat di Perpustakaan UNISEL ini. Di akhir program, sesi penyampaian hadiah disempurnakan oleh Presiden dan Naib Canselor di mana semua peserta diberikan sijil penghargaan dan hadiah diberikan kepada penceritaan terbaik iaitu adik Hamiza Syaurah Ahmad Fadilah, adik Muhammad Zaid Afwan Mohd Fairuz dan adik Muhammad Zubair Aiman Mohd Fairuz. Turut hadir sepanjang program Prof. Dr. Md Sidin Ahmad Ishak, Timbalan Naib Canselor Akademik, Penyelidikan dan Jaringan Industri, En.Hafiz Abdul Rahim, Ketua Perpustakaan serta para keluarga peserta. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi Korporat1 April 2023

program_library2
program_library3
program_library4
program_library5
program_library6
program_library7
program_library8
program_library9
program_library10
program_library11
program_library12
program_library13
program_library14
program_library15
program_library16
program_library17
program_library18
program_library19
program_library20
program_library21
program_library22
program_library23

Previous
Next

© Copyright 2024 UNISEL | Universiti Selangor