PRESIDEN DAN NAIB CANSELOR RASMI PESTA RIA KOLEJ KEDIAMAN 2022

  • Home
  • PRESIDEN DAN NAIB CANSELOR RASMI PESTA RIA KOLEJ KEDIAMAN 2022
Shape

Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL hari ini merasmikan Pesta Ria Kolej Kediaman 2022 bersempena Istiadat Konvokesyen UNISEL Kali Ke-15 yang berlangsung di Dewan Naib Canselor, UNISEL Bestari Jaya. Beliau dalam ucapannya menzahirkan rasa bangga kepada kesemua mahasiswa yang terlibat dan bertungkus-lumus dalam menjayakan pelbagai aktiviti di dalam Pesta Ria yang berlangsung selama lima hari bermula hari ini sehingga 12 Jun 2022. Di kesempatan itu juga, beliau turut memberi penekanan agar semangat kekitaan yang diterapkan selain membentuk sahsiah mahasiswa yang budiman dan cemerlang dalam kehidupan.Majlis turut diserikan dengan persembahan tarian daripada mahasiswa UNISEL seterusnya gimik perasmian yang disempurnakan oleh Naib Canselor diiringi oleh barisan pengurusan tertinggi UNISEL. Dalam pada itu, Pesta Konvo 2022 pula bakal berlangsung selama tiga hari bermula 10 Jun hingga 12 Jun 2022 yang bakal menyajikan pelbagai program menarik disamping penampilan beberapa selebriti terkenal tanah air. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi KorporatUniversiti Selangor8 Jun 2022

PESTA_RIA2
PESTA_RIA3
PESTA_RIA4
PESTA_RIA5
PESTA_RIA6
PESTA_RIA7
PESTA_RIA8
PESTA_RIA9
PESTA_RIA10
PESTA_RIA11
PESTA_RIA12
PESTA_RIA13
PESTA_RIA14
PESTA_RIA15
PESTA_RIA16
PESTA_RIA17

Previous
Next

© Copyright 2024 UNISEL | Universiti Selangor