SELAMAT DATANG KE UNISEL BUAT PELAJAR BAHARU KEMASUKAN NOVEMBER 2024
- November 14, 2024
- 1 min read
“Hati saya luluh dan sayu melihat rumah yang saya diami bersama keluarga ranap dalam sekelip mata” Itu reaksi Siti Mariani Mohd Yusof, Pembantu Perpustakaan Universiti Selangor (UNISEL) berikutan rumah yang didiaminya bersama keluarga musnah akibat arus deras berikutan banjir yang berlaku baru-baru ini. Menurut Siti Mariani, rumah keluarga tersebut didiami bersama ibu, bapa serta adik-beradiknya yang lain. Mengimbau kembali kejadian banjir yang berlaku, beliau berkata air hujan mula melimpahi kawasan rumahnya pada petang Sabtu. Namun begitu, keadaan menjadi semakin teruk apabila paras air meningkat secara mendadak sehingga ke paras pinggang. Usaha awal yang dilakukan adalah menyelamatkan segala dokumen penting, selain mengalihkan kereta dan motorsikal ke tempat yang lebih tinggi. Tambah Siti Mariani, pada malam kejadian tersebut, beliau dan ibunya mula berpindah dan menumpang di rumah kawannya, manakala bapa serta adiknya masih berada di rumah untuk mengalihkan barang-barang penting seperti perkakas elektrik dan sebagainya ke tempat yang lebih tinggi. “Apabila keadaan semakin buruk, adik saya menarik ayah saya keluar dan berlindung ke tempat yang lebih tinggi dan selamat. Alhamdulillah, pada malam itu juga, saya dimaklumkan UNISEL ada membuka penempatan sementara kepada kakitangan” “Saya ke UNISEL untuk mengambil kunci, namun saya tidak dapat berpatah balik untuk membawa ahli keluarga yang lain kerana laluan sudah ditutup. Pada pagi keesokanya harinya, adik saya memaklumkan bahawa laluan ke rumah terputus” “lebih menyedihkan lagi dinding hadapan rumah roboh dan barang-barang lain hanyut dibawa arus air. Tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata betapa sedihnya melihat rumah ini roboh dalam sekelip mata,” ujar Siti Mariani yang tinggal di Kampung Bestari Jaya. Bagi maksud berikut, atas dasar keprihatinan, Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL telah mengumumkan bantuan penempatan tiga bulan secara percuma di perumahan staf kepada Siti Mariani dan keluarganya. Siti Mariani yang menerima pemakluman ini, amat bersyukur atas pelbagai bantuan yang diterima oleh pihak UNISEL termasuklah bantuan penempatan percuma yang diumumkan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman buat mereka sekeluarga hari ini. “Syukur Alhamdulillah, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman kerana amat prihatin terhadap kakitangan yang terjejas. Saya berasa amat terharu dan bersyukur sangat-sangat. Terima kasih UNISEL,” ujar beliau. Dalam pada itu, orang ramai yang ingin menyampaikan sebarang bentuk bantuan kewangan kepada Siti Mariani boleh disalurkan terus ke akaun beliau di CIMB Bank 7603721975 – atas nama Siti Mariani Binti Mohd Yusof. Presiden dan Naib Canselor juga disebelah pagi tadi turut menawarkan penginapan sementara kepada lebih 40 orang kakitangan yang terjejas akibat banjir yang mana segala bantuan adalah berdasarkan nilaian pihak Universiti. Dalam perkembangan sama, Misi Bantuan Pasca Banjir oleh pihak UNISEL masih digerakkan semenjak dilancarkan pada Selasa lepas. Lebih 300 sukarelawan terdiri daripada pelajar dan kakitangan telah digerakkan untuk membantu mangsa banjir sekitar Selangor. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi Korporat
Previous
Next
© Copyright 2024 UNISEL | Universiti Selangor