YB Puan June Leow Yakin Kemampuan UNISEL

  • Home
  • YB Puan June Leow Yakin Kemampuan UNISEL
Shape

Pendaftaran Pelajar Baharu Universiti Selangor (UNISEL) bagi kemasukan Ogos 2019 hari ini diserikan lagi dengan kehadiran Yang Berhormat Puan June Leow Hsiad Hui, Ahli Parlimen Hulu Selangor yang hadir mendaftarkan anak beliau di universiti ini.

Beliau yang hadir mendaftarkan anak lelakinya, Lim Jia Hooi bagi program Diploma Komunikasi dan Media berkata, selaku anak Selangor, beliau amat mengambil berat berkenaan UNISEL.

“UNISEL mempunyai suasana kampus yang hijau dan infrastrukur yang sangat menarik. Satu kebanggan apabila UNISEL telah melahirkan ramai graduan yang berjaya di luar sana. Ini merupakan sebab utama saya menghantar anak saya ke UNISEL,”

ujar beliau lagi.

“Selaku anak Selangor, saya amat berbangga untuk mempromosikan universiti ini khususnya kepada anak-anak tempatan kerana UNISEL merupakan universiti yang amat istimewa. Saya berharap agar UNISEL dapat menjadi pilihan semua golongan masyarakat lebih-lebih lagi warga Selangor,”

tambah beliau lagi.

© Copyright 2024 UNISEL | Universiti Selangor