Dua Pelajar UNISEL Raih Pingat Di CK Classic International Open Taekwondo Championship Malaysia

  • Home
  • Dua Pelajar UNISEL Raih Pingat Di CK Classic International Open Taekwondo Championship Malaysia
Shape

Stadium Melawati Shah Alam menjadi saksi kejayaan bagi dua pelajar Universiti Selangor (UNISEL) apabila berjaya meraih pingat dalam Kejohanan CK Classic International Open Taekwondo Championship Malaysia.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Jagdeep Singh A/L Gurdeep Singh yang memenangi pingat perak manakala Siti Nurul Ainil Hilmizan memenangi pingat gangsa.

Mereka yang juga wakil Malaysia dalam acara tersebut adalah pelajar Diploma Pengurusan Industri Sukan dan dibawah program UNISEL Athlete Academic Track. Semoga kejayaan mereka menjadi inspirasi buat pelajar lain dalam mengaharumkan nama universiti.

© Copyright 2024 UNISEL | Universiti Selangor