
UNISEL TERIMA LAWATAN PENILAIAN PEMATUHAN AKREDITASI PENUH PROGRAM OLEH MQA
October 16, 2026
DELEGASI UNISEL HADIRI MAJLIS PENUTUPAN SELANGOR TECHSPHERE SUMMIT 2026
October 17, 2026KUALA LUMPUR, 16 Oktober 2026 – Universiti Selangor (UNISEL) telah menyertai Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pendidikan dan Modal Insan Negeri Selangor yang telah berlangsung pada 14 hingga 15 Oktober 2026 bertempat di DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan dan Modal Insan Negeri Selangor.
Delegasi UNISEL diketuai oleh Presiden dan Naib Canselor, YBhg. Prof. Emeritus Ir. Dato’ Dr. Hassan Basri, bersama Naib Presiden & Timbalan Naib Canselor (Transformasi dan Jaringan Industri), Prof. Madya Dr. Dzulkarnain bin Ahmad serta Bendahari UNISEL, Encik Mohammed Akram bin Dato’ Hj. Mohd Tamyes.
UNISEL turut menyampaikan pembentangan dalam mesyuarat berkenaan sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh agenda pendidikan tinggi dan pembangunan modal insan Negeri Selangor.
UNISEL merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YAB Dato’ Menteri Besar Selangor atas perhatian, sokongan dan komitmen berterusan terhadap pembangunan pendidikan tinggi negeri.
Penyertaan ini mencerminkan komitmen UNISEL untuk terus mendukung aspirasi Kerajaan Negeri Selangor dalam memperkasakan pendidikan tinggi serta melahirkan modal insan berkualiti bagi memenuhi keperluan pembangunan negeri dan negara.
ᴍᴜʜᴀᴍᴍᴀᴅ ᴀʟ ʜᴀꜰɪᴢ ʙɪɴ ᴀʙᴅ ʀᴀʜᴀᴍᴀɴ
ᴘᴇɴɢᴀʀᴀʜ
ᴊᴀʙᴀᴛᴀɴ ᴋᴏᴍᴜɴɪᴋᴀꜱɪ ᴋᴏʀᴘᴏʀᴀᴛ
ᴜɴɪᴠᴇʀꜱɪᴛɪ ꜱᴇʟᴀɴɢᴏʀ


















