
MAJLIS PELANCARAN DAN PENYERAHAN TAWARAN GERAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI PEMBANGUNAN NEGERI SELANGOR 2026 (SELIDIK 2026)
August 10, 2026SHAH ALAM, 15 Ogos 2026 – Universiti Selangor (UNISEL) turut hadir memeriahkan Majlis Perasmian SUKMA XXII dan Para SUKMA Selangor 2026 yang berlangsung penuh gilang-gemilang di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, malam ini.
Majlis perasmian yang menghimpunkan para atlet, kontinjen, pegawai sukan serta tetamu kenamaan dari seluruh negara itu menjadi detik penting dalam meraikan pembukaan temasya sukan berprestij yang berlangsung di Selangor.
Majlis turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, di samping kehadiran Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar Selangor, Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta dif-dif kenamaan.
Antara acara utama yang berlangsung termasuk persembahan pembukaan, perarakan masuk kontinjen SUKMA XXII dan Para SUKMA Selangor 2026, sembah ucapan Menteri Besar Selangor serta lafaz perasmian SUKMA XXII dan Para SUKMA Selangor 2026 oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor.
Majlis turut diteruskan dengan upacara menaikkan Bendera SUKMA XXII Selangor 2026, lafaz ikrar kejohanan serta upacara menyalakan Obor SUKMA XXII dan Para SUKMA Selangor 2026 yang melambangkan semangat kesukanan, perpaduan dan kecemerlangan atlet.
Dalam masa yang sama, pelajar UNISEL turut memainkan peranan sebagai sukarelawan bersama pasukan Menteri Besar Selangor (Incorporated) MBI bagi membantu kelancaran pengurusan dan pelaksanaan aktiviti sepanjang sambutan Hari Perasmian SUKMA di Dataran Shah Alam.
Penglibatan mahasiswa UNISEL sebagai sukarelawan bukan sahaja memberikan pengalaman berharga dalam pengurusan acara berskala besar, malah mencerminkan komitmen universiti dalam melahirkan mahasiswa yang aktif, berkemahiran, berdisiplin serta mampu menyumbang kepada komuniti dan negeri Selangor.
Penyertaan ini juga memperlihatkan sokongan UNISEL terhadap penganjuran SUKMA XXII dan Para SUKMA Selangor 2026, selain mengukuhkan hubungan strategik antara universiti, agensi kerajaan negeri dan komuniti setempat.
UNISEL terus komited untuk bersama-sama menjayakan agenda pembangunan sukan, kesukarelawanan dan pembangunan mahasiswa demi membina generasi yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi turut aktif menyumbang kepada masyarakat dan negara.
HASRIL ABU HASSAN
JABATAN KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI SELANGOR
15 Ogos 2026






























