WAN AMIRUL IMAN WAN ROSDIN TERIMA ANUGERAH CANSELOR UNISEL 2024

  • Home
  • WAN AMIRUL IMAN WAN ROSDIN TERIMA ANUGERAH CANSELOR UNISEL 2024
Shape
WAN AMIRUL IMAN WAN ROSDIN TERIMA ANUGERAH CANSELOR UNISEL 2024

Wan Amirul Iman Wan Rosdin, graduan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian), menerima penghargaan tertinggi apabila diumumkan sebagai penerima Anugerah Canselor sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL) 2024.
 
Beliau berjaya menamatkan pengajian dengan CGPA 3.87, suatu pencapaian yang mengiktiraf dedikasi dan usaha keras beliau sepanjang tempoh pengajian. Beliau merupakan pelajar Fakulti Perniagaan dan Perakaunan sering melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai program sukarelawan sepanjang bergelar mahasiswa.
 
Sebagai Pengarah Program Soup Kitchen Volunteer di bawah UNISEL Accounting Club, bertugas sebagai sukarelawan yang membantu menyediakan makanan kepada golongan yang memerlukan di sekitar Lembah Klang menjadi salah satu kenangan manis baginya sepanjang bergiat aktif di UNISEL.
 
Wan Amirul memilih UNISEL sebagai destinasi pengajiannya selepas menyertai ICT Bootcamp di UNISEL ketika berusia 15 tahun. Pengalaman berharga yang diperolehnya sewaktu program tersebut membuka matanya terhadap persekitaran akademik dan peluang yang ditawarkan di universiti ini, lantas mendorongnya untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perakaunan di UNISEL.
 
Kini, beliau berhasrat untuk menceburi bidang forensik perakaunan. Baginya bidang ini dapat membantu mengesan ketidakpatuhan kewangan dan membantu organisasi memastikan integriti dalam pengurusan kewangan. Minatnya dalam bidang ini timbul daripada keinginannya untuk menyumbang kepada masyarakat secara langsung melalui kawalan kewangan dan etika yang lebih telus.
 
Wan Amirul Iman Wan Rosdin menerima Anugerah Canselor yang disampaikan oleh YAD Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Alhaj Raja Tun Uda Alhaj, Canselor UNISEL. Beliau menerima hadiah wang tunai RM5,000 beserta sijil dan plak sumbangan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB).
 
Hasril Abu Hassan
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
21 September 2024

Share This Post :

Facebook
WhatsApp
Twitter
LinkedIn

© Copyright 2024 UNISEL | Universiti Selangor