SELAMAT DATANG KE UNISEL BUAT PELAJAR BAHARU KEMASUKAN NOVEMBER 2024
- November 14, 2024
- 1 min read
Universiti Selangor (UNISEL) menjadi salah satu daripada 90 buah institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia yang mendapat keputusan berdaya saing bagi Penarafan Bersepadu Institusi Pendidikan Tinggi Malaysia (Setara) 2022. Setara merupakan sistem penilaian bertujuan untuk mengukur jaminan kualiti dan standard IPT bagi Universiti Awam, Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) kategori Universiti dan Kolej Universiti. Penilaian Setara dilaksanakan berdasarkan instrumen dan indikator penilaian yang ditetapkan bagi memacu kepada peningkatan pendidikan berkualiti. Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Tinggi telah membuat pembaharuan pelaksanaan Setara dengan hanya membahagikan kepada dua kategori sahaja berbanding enam kategori sebelum ini iaitu berdaya saing dan berdaya maju. Sekalung tahniah diucapkan kepada barisan pengurusan dan seluruh warga UNISEL di bawah pentadbiran Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor di atas penarafan ini. Semoga warga UNISEL akan terus berdaya saing untuk mencapai lebih kejayaan di masa hadapan. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi KorporatUniversiti Selangor1 September 2023
© Copyright 2024 UNISEL | Universiti Selangor