UNISEL GERAKKAN MISI BANTUAN PASCA BANJIR

  • Home
  • UNISEL GERAKKAN MISI BANTUAN PASCA BANJIR
Shape

Susulan bencana banjir yang sedang melanda negeri ini, Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL) hari ini menggerakkan seramai 300 orang sukarelawan bagi misi bantuan Pasca Banjir. Selain menyerahkan bantuan kewangan kepada mangsa terlibat, Presiden dan Naib Canselor serta pasukan sukarelawan juga berkesempatan membantu membersihkan rumah mangsa banjir di sekitar kawasan yang terjejas. Dalam pada itu, buat masa ini UNISEL kampus Bestari Jaya masih selamat dan tidak terjejas. Meskipun begitu, kesemua pelajar yang berada di dalam kampus telah diberikan pelbagai bantuan melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP). Turut menyalurkan bantuan adalah YB Puan Rozana Zainal Abidin, Ahli Dewan Negeri Permatang, Penggerak Belia Selangor (PeBS), Angkatan Muda Keadilan (AMK) serta seluruh pasukan NGO terlibat. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi Korporat

pasca_2
pasca_3
pasca_4
pasca_5
pasca_6
pasca_7
pasca_8
pasca_9
pasca_10
pasca_11
pasca_12
pasca_13
pasca_14

Previous
Next

© Copyright 2024 UNISEL | Universiti Selangor