UNISEL UMUM LANTIKAN BAHARU PENGURUSAN TERTINGGI

  • Home
  • UNISEL UMUM LANTIKAN BAHARU PENGURUSAN TERTINGGI
Shape
UNISEL UMUM LANTIKAN BAHARU PENGURUSAN TERTINGGI
Universiti Selangor (UNISEL) hari ini telah mengadakan Majlis Penyerahan Pelantikan Penjawat Jawatan Utama bertempat di Bilik Mesyuarat Pengurusan, Kampus Shah Alam. Majlis ringkas namun bermakna ini bertujuan memantapkan lagi struktur tadbir urus universiti bagi mendepani cabaran tahun 2026.
 
Prof. Emeritus Ir. Dato’ Dr. Hassan Basri, Presiden dan Naib Canselor dalam ucapannya menekankan komitmen tinggi dalam kalangan pengurusan tertinggi bagi memastikan UNISEL terus relevan sebagai institusi pendidikan pilihan. Beliau turut menyuarakan harapan agar lantikan baharu ini membawa suntikan tenaga serta idea segar dalam memacu kecemerlangan akademik dan operasi universiti.
Kemuncak majlis adalah sesi penyerahan surat lantikan kepada barisan pengurusan tertinggi UNISEL yang baharu dilantik serta penyambungan lantikan. Berikut merupakan senarai pengurusan yang dilantik:
 
Pengurusan Tertinggi (Eksekutif)
1. Prof Madya Dr. Hamdan Dato’ Mohd Salleh, Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar & Jaringan Komuniti (HEP)
2. Prof Madya Dr. Fridelina Sjahrir, Timbalan Naib Canselor Akademik & Penyelidikan
3. Prof Madya Dr. Dzulkarnain Ahmad, Timbalan Naib Canselor Transformasi & Jaringan Industri
4. Prof Dr. Md Sidin Ahmad Ishak, Pengarah Kampus Shah Alam merangkap Pengarah Institut Pemikiran dan Kepemimpinan Siddiq Fadzil
5. En. Mohammed Akram Mohd Tamyes, Bendahari
 
Pengurusan (Dekan)
1. Prof. Dr. Norhayah Zulkifli, Dekan Fakulti Perniagaan dan Perakaunan merangkap Pengarah Selangor Business School
2. Prof. Madya Dr. Muhammad Daoh, Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial
3. Prof. Madya Ts. Dr. Wan Azlan Wan Hassan @ Wan Harun, Dekan Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran
4. En. Mohd Sharikh Dali Mahad, Dekan Fakulti Sains Kesihatan
5. Dr. Mokhtazul Haizad Mokhtaram, Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat
6. Ts. Dr. Norazah Mohammad Nawawi, Dekan Pusat Pengajian Siswazah
7. Dr. Ng Ming Yip, Dekan Fakulti Pembangunan Mahasiswa Budiman
 
Majlis diakhiri dengan sesi bergambar kenang-kenangan dan jamuan ringan bagi meraikan Jemputan yang hadir.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
2 Januari 2026

Share This Post :

Facebook
WhatsApp
Twitter
LinkedIn