UNISEL RAIKAN HARI SUKAN NEGARA DENGAN PENUH SEMANGAT KESUKANAN

  • Home
  • UNISEL RAIKAN HARI SUKAN NEGARA DENGAN PENUH SEMANGAT KESUKANAN
Shape
UNISEL RAIKAN HARI SUKAN NEGARA DENGAN PENUH SEMANGAT KESUKANAN
Universiti Selangor (UNISEL) meraikan Hari Sukan Negara 2025 pada 11 Oktober lepas dengan penganjuran dua kejohanan sukan utama iaitu Pertandingan Badminton Selangor Veteran dan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Terbuka UNISEL. Kedua-dua acara ini berlangsung meriah di Kompleks Sukan Kampus Bestari Jaya dan berjaya menarik penyertaan besar daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Β 
Program ini dianjurkan oleh UNISEL Badminton Club (UBC) dengan kerjasama Phatboys Badminton Store dan UNISEL Football Club (UFC) dengan sokongan Pusat Kegiatan Pelajar dan Jaringan Komuniti (COMNET). Majlis perasmian disempurnakan oleh Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Hamdan bin Dato’ Hj. Mohd Salleh, Naib Presiden & Timbalan Naib Canselor, Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti UNISEL.
Β 
Dalam ucapan perasmiannya, beliau menekankan kepentingan sukan sebagai wadah membina perpaduan, semangat setiakawan dan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kampus serta masyarakat setempat.
β€œHari Sukan Negara bukan sekadar acara tahunan, tetapi satu simbol kepada gaya hidup aktif dan nilai kesepaduan yang kita pupuk di UNISEL,” ujar beliau.
Pertandingan badminton kali ini menyaksikan penyertaan sebanyak 18 pasangan yang bersaing sengit dalam kategori veteran, manakala kejohanan bola sepak menarik penyertaan 20 pasukan dari pelbagai agensi, institusi dan komuniti sekitar Selangor. Kedua-dua kejohanan berlangsung dengan penuh semangat kesukanan, diserikan dengan sorakan penyokong yang membangkitkan suasana meriah di kampus.
Β 
Acara ini bukan sahaja memupuk semangat kesukanan tetapi turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara staf, pelajar dan masyarakat luar, sejajar dengan semangat β€œSukan Menyatukan Kita” yang menjadi tema Hari Sukan Negara tahun ini.
Β 
Akhir sekali, UNISEL terus membuktikan bahawa sukan bukan sekadar perlawanan tetapi cerminan jiwa yang kuat, semangat yang kental, dan kesatuan yang tak pernah pudar. Hidup sihat, hidup cergas, hidup dengan semangat sukan! 🏸⚽πŸ”₯
Β 
π™‹π™€π™…π˜Όπ˜½π˜Όπ™ π™†π™Šπ™ˆπ™π™‰π™„π™†π˜Όπ™Žπ™„ π™†π™Šπ™π™‹π™Šπ™π˜Όπ™
13 π™Šπ™ π™©π™€π™—π™šπ™§ 2025

Share This Post :

Facebook
WhatsApp
Twitter
LinkedIn