Universiti Selangor (UNISEL) hari ini telah mengadakan Majlis Sambutan Delegasi Kolej Vokasional dan Teknikal Anhui Yangtze (Anhui Yangtze Vocational & Technical College) dari China di Bilik Mesyuarat Senat, Bangunan Berlian, Kampus Shah Alam.
Lawatan akademik ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan dua hala dan meneroka potensi kerjasama dalam bidang pendidikan serta penyelidikan antara kedua-dua institusi. Kehadiran delegasi ini merupakan satu langkah penting dalam usaha UNISEL memperkukuh agenda pengantarabangsaan universiti melalui jaringan strategik dengan institusi pendidikan tinggi antarabangsa.
Majlis ini telah dihadiri oleh Professor Emeritus Ir. Dato’ Dr. Hassan Basri, Presiden dan Naib Canselor UNISEL, serta Puan Hajah Rokmaa binti Hj Mat, Pendaftar UNISEL. Turut hadir ialah Prof. Madya Dr. Hashimah binti Ismail, Pengarah Pejabat Antarabangsa, bersama barisan dekan fakulti dan pensyarah UNISEL.
Professor Emeritus Ir. Dato’ Dr. Hassan Basri berkata,
“Kami amat berbesar hati mengalu-alukan rakan-rakan dari Kolej Vokasional dan Teknikal Anhui Yangtze. Lawatan ini mencerminkan komitmen bersama terhadap kecemerlangan akademik serta pembinaan jambatan antarabangsa. Kami berharap perbincangan hari ini akan membuka jalan kepada kerjasama yang bermakna dan berterusan.”
Majlis berakhir dengan sesi pertukaran cenderamata dan jamuan ringan, menandakan permulaan yang positif bagi hubungan strategik dan kolaborasi yang bermanfaat antara UNISEL dan Kolej Vokasional dan Teknikal Anhui Yangtze.
Lawatan ini turut membuktikan komitmen UNISEL dalam memperkukuh jaringan global serta memperluas peluang pembelajaran dan penyelidikan rentas sempadan, sejajar dengan aspirasi universiti untuk menjadi peneraju pendidikan tinggi bertaraf antarabangsa.
𝙋𝙀𝙅𝘼𝘽𝘼𝙏 𝙆𝙊𝙈𝙐𝙉𝙄𝙆𝘼𝙎𝙄 𝙆𝙊𝙍𝙋𝙊𝙍𝘼𝙏
29 𝙊𝙆𝙏𝙊𝘽𝙀𝙍 2025
_________________________
𝐆𝐀𝐓𝐄𝐖𝐀𝐘 𝐓𝐎 𝐆𝐋𝐎𝐁𝐀𝐋 𝐊𝐍𝐎𝐖𝐋𝐄𝐃𝐆𝐄 𝐒𝐇𝐀𝐑𝐈𝐍𝐆 : 𝐔𝐍𝐈𝐒𝐄𝐋 𝐖𝐄𝐋𝐂𝐎𝐌𝐄𝐒 𝐃𝐄𝐋𝐄𝐆𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐅𝐑𝐎𝐌 𝐀𝐍𝐇𝐔𝐈 𝐘𝐀𝐍𝐆𝐓𝐙𝐄 𝐕𝐎𝐂𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐀𝐍𝐃 𝐓𝐄𝐂𝐇𝐍𝐈𝐂𝐀𝐋 𝐂𝐎𝐋𝐋𝐄𝐆𝐄, 𝐂𝐇𝐈𝐍𝐀
SHAH ALAM, 29 OCTOBER 2025 – Universiti Selangor (UNISEL) today hosted an official welcoming ceremony for the delegation from Anhui Yangtze Vocational and Technical College, China, held at the Senate Meeting Room, Berlian Building, UNISEL Shah Alam Campus.
The academic visit aimed to strengthen bilateral relations and explore potential areas of collaboration in education and research between the two institutions. The visit marks an important milestone in UNISEL’s continuous efforts to enhance its internationalisation agenda through strategic partnerships with global higher education institutions.
The ceremony was graced by Professor Emeritus Ir. Dato’ Dr. Hassan Basri, President and Vice-Chancellor of UNISEL, and Puan Hajah Rokmaa binti Hj Mat, Registrar of UNISEL. Also present were Associate Professor Dr. Hashimah binti Ismail, Director of the International Office, along with faculty deans and lecturers of UNISEL.
In his welcoming speech, Professor Emeritus Ir. Dato’ Dr. Hassan Basri said:
“We are truly delighted to welcome our colleagues from Anhui Yangtze Vocational and Technical College. This visit reflects our shared commitment to academic excellence and international collaboration. We hope today’s discussion will pave the way for meaningful and long-term cooperation between our institutions.”
The ceremony concluded with a souvenir exchange session and light refreshments, symbolising a positive beginning towards strategic partnerships and mutual collaboration between UNISEL and Anhui Yangtze Vocational and Technical College.
This visit also reaffirms UNISEL’s commitment to strengthening its global network and expanding opportunities for cross-border learning and research, in line with the university’s aspiration to become a leading international higher education institution.