THENMOLY A/P PARAMESWARAN TERIMA ANUGERAH CANSELOR UNISEL 2025

  • Home
  • THENMOLY A/P PARAMESWARAN TERIMA ANUGERAH CANSELOR UNISEL 2025
Shape
THENMOLY A/P PARAMESWARAN TERIMA ANUGERAH CANSELOR UNISEL 2025
Thenmoly A/P Parameswarani, graduan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) hari ini menerima Anugerah Canselor sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL) Ke-19 bagi tahun 2025.
 
Beliau merupakan pelajar Fakulti Perniagaan dan Perakaunan dan berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dengan CGPA 3.97.
 
Sepanjang pengajian, beliau menerima Anugerah Dekan pada setiap semester. Beliau turut menerima Anugerah Cemerlang UBS (2021) dan SQL (2021, 2023). Kemuncak kecemerlangan adalah apabila beliau dipilih menerima Anugerah Kecemerlangan Pelajar Perakaunan Kebangsaan (NASEA) daripada Institut Akauntan Malaysia (MIA) pada tahun 2025.
 
Kini beliau sedang berkhidmat sebagai Eksekutif Audit dan Cukai di Seow & Co (Chartered Accountants). Thenmoly menerima Anugerah Canselor yang disampaikan oleh YAD Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Alhaj Raja Tun Uda Alhaj, Canselor UNISEL. Thenmoly juga menerima hadiah wang tunai RM5,000 beserta sijil dan plak sumbangan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB).
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
27 September 2025

Share This Post :

Facebook
WhatsApp
Twitter
LinkedIn