SEKITAR PROGRAM CIPTA 2025

  • Home
  • SEKITAR PROGRAM CIPTA 2025
Shape
SEKITAR PROGRAM CIPTA 2025
Program CIPTA 2025 dianjurkan bagi menyemarakkan budaya inovasi dengan menggalakkan pembangunan idea, produk, perkhidmatan dan sistem baharu yang mampu meningkatkan kecemerlangan akademik serta pentadbiran. Ia turut meraikan kakitangan dan pelajar yang menghasilkan inovasi serta penyelidikan berkualiti tinggi, di samping memperkukuh jaringan kolaborasi antara fakulti, jabatan dan rakan industri.
 
Berlangsung pada 3 dan 4 Disember 2025 di Dewan Pro Canselor, UNISEL Kampus Shah Alam, program ini menghimpunkan pelbagai hasil inovasi daripada pensyarah, staf pentadbiran dan pelajar. Setiap penyertaan dinilai oleh panel penilai dalaman bersama barisan profesional industri yang berpengalaman.
 
Majlis turut diserikan dengan bicara inovasi oleh wakil industri serta pemeteraian Memorandum Persetujuan (MoA) antara UNISEL menerusi Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat (FKSH) dan pihak industri. Kerjasama ini bertujuan menggabungkan kepakaran serta sumber untuk melaksanakan pelbagai inisiatif masa depan, termasuk penyelidikan, latihan, pembangunan teknologi dan program pemindahan ilmu yang memberi manfaat kepada masyarakat dan industri.
 
Bagi yang terlepas mengikuti program ini, anda boleh menonton siaran ulangan di Facebook rasmi Universiti Selangor:
 
Syabas dan tahniah kepada semua pemenang CIPTA 2025!
 
Senarai penuh keputusan boleh diakses melalui pautan berikut:
 
PEJABAT KOMUNIKASI KORPORAT
Universiti Selangor
5 Disember 2025

Share This Post :

Facebook
WhatsApp
Twitter
LinkedIn