Dungun, Terengganu – Sebuah lawatan tapak penuh makna telah diadakan pada 29 dan 30 November 2025 di Pulau Tenggol, Kuala Dungun, Terengganu menerusi inisiatif Jabatan Seni Visual (FCVAC) dengan kerjasama strategik daripada DIVEBUDDY Malaysia.
Program ini bukan sekadar lawatan biasa, sebaliknya menjadi platform penting untuk perbincangan berkaitan pendekatan TVET dalam bidang Professional Underwater Photography yang merangkumi Underwater Videography, Safety Underwater dan pelbagai lagi.
Melalui sesi penerangan dan aktiviti praktikal di lokasi yang disampaikan oleh Dr. Nabila Talib, Pegawai Eksekutif (Unit Pengurusan dan Pentadbiran DiveBuddy Malaysia) serta En. Bahaman Hashim, PADI IDC Staf Instructor Trainer, kami diberi peluang untuk memahami secara mendalam dunia eksploitasi bawah air yang memerlukan kemahiran teknikal tinggi serta disiplin profesional yang tersendiri.
Pulau Tenggol dipilih sebagai lokasi kajian kerana keistimewaannya yang tersendiri dan diiktiraf sebagai antara terumbu karang terbaik di Semenanjung Malaysia, menawarkan keindahan marin yang luar biasa serta potensi besar untuk dijadikan lokasi penggambaran bertaraf antarabangsa.
Selain memperkukuh hubungan antara industri kreatif dan sektor latihan kemahiran, lawatan ini turut membuka ruang baharu dalam penerokaan potensi ekonomi kreatif berasaskan laut. Ia sekali gus menonjolkan bagaimana keindahan dasar laut Malaysia boleh menjadi sebahagian daripada warisan visual dunia, melalui lensa media dan dokumentari profesional.
Menurut Prof. Madya Ts. Dr. Wan Azlan Wan Hassan, Dekan Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FCVAC), usaha sebegini diharap dapat melahirkan lebih ramai tenaga mahir dalam bidang fotografi bawah air, di samping memupuk kesedaran terhadap pemuliharaan khazanah marin negara.
“Pulau Tenggol bukan hanya syurga penyelam, tetapi juga pentas alami untuk penceritaan visual yang mampu mengangkat imej Malaysia di persada antarabangsa,”.
Dengan semangat kolaborasi antara industri kreatif dan teknikal, kami terus komited dalam memartabatkan gabungan warisan, teknologi, dan seni sinematografi dalam mengangkat kekuatan TVET di UNISEL. Menyelam lebih dalam demi mengangkat keindahan negara dari dasar laut ke layar dunia, ujar beliau lagi.
Satu perbincangan awal strategik dan dinamik bagi menyelaraskan program TVET Fotografi-Underwater Media yang unggul menerusi Jabatan Seni Visual (FCVAC) dan industri terlibat. Semoga usaha ini akan menjadikan salah satu sasaran kemahiran negara.
𝙋𝙀𝙅𝘼𝘽𝘼𝙏 𝙆𝙊𝙈𝙐𝙉𝙄𝙆𝘼𝙎𝙄 𝙆𝙊𝙍𝙋𝙊𝙍𝘼𝙏
31 𝙊𝙆𝙏𝙊𝘽𝙀𝙍 2025