Sidang Pertama Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL) Kali Ke-19 hari ini menyentuh hati para jemputan yang hadir apabila nama Almarhum Muhammad Shahren Adha bin Shahrul Nizam diumumkan bagi menerima Ijazah Secara Anumerta Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian).
Almarhum merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian), Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran dan telah menamatkan pengajian dengan Purata Nilai Gred Terkumpul 3.36 (Kelas Kedua Tertinggi). Almarhum telah kembali ke Rahmatullah pada 25 Julai 2025 bersamaan 28 Muharam 1447H.
Hadir pada hari ini mewakili Muhammad Shahren Adha adalah abangnya, Encik Muhammad Shafiq Aiman bin Shahrul Nizam.
Ijazah Anumerta merupakan penganugerahan ijazah yang diberikan kepada individu yang telah meninggal dunia. Seluruh warga UNISEL mengucapkan takziah dan semoga roh Almarhun Muhammad Shahren Adha ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.